Saturday, March 22, 2008
A Poem
Perkenalan yang tidak sengaja
Pertemuan tanpa diduga
Kasih sayang diberi percuma
Tanpa ukiran harta dan benda

Sumpah dan janji diberi
Walau kita telah berpunya
Tangan dipimpin mengeratkan lagi
Percintaan kita berdua

Bila dugaan melanda
Kasih mula terduga
Mulanya sayang semakin terasa
Kini kau sangka aku mendua

Padahalnya kesetiaan ku berikan
Dan telah ku pamerkan kejujuran
Adakah kau hanya buat itu satu alasan
Supaya diri ini dapat kau tinggalkan

Kau pergi meninggalkan ku
Tanpa ku tahu apa puncanya
Kau ingin putuskan hubungan itu
Kau ingin ku kembali kepadanya

Tiba-tiba kau menjelma lagi
Dan ingin berjumpa dengan diri ku
Kau tidak sedar betapa gembiranya hati
Rasa sedih pergi berlalu

Hari ku nantikan telah tiba
Untuk kita bersua
Lepaskan rindu yang tidak terhingga
Wajahmu asyik di hadapan mata

Tapi harapan ku kau hancurkan
Kau tidak hubungi aku hari itu
Mujurku masih ada ramai teman
Dan salah satu dapat ku temu

Terkejut aku mendapat berita
Kau berada di tempat yang sama
Niat di hati ingin berjumpa
Tapi kau menuduh ku tak setia

Kini kemarahanku membutakan segala
Walau hati masih amat ku cinta
Namun apalah makna itu semua
Jika salahku hanya helahmu sahaja

Bukankah kau yang meminta perpisahan
Mengapa aku pula kau salahkan
Salahkah aku meneruskan kehidupan
Pabila aku telah kau tinggalkan?
posted by Titiks @ 9:22 PM |
About Me

Titiks, born on 1st July, gainfully employed in an architech firm. Sometimes happy, sometimes sad but hey, I'm only human!
Previous Post
Archives
Links
Leave-me-a-note
Vidz