|
Saturday, March 22, 2008 |
A Poem |
Perkenalan yang tidak sengaja Pertemuan tanpa diduga Kasih sayang diberi percuma Tanpa ukiran harta dan benda
Sumpah dan janji diberi Walau kita telah berpunya Tangan dipimpin mengeratkan lagi Percintaan kita berdua
Bila dugaan melanda Kasih mula terduga Mulanya sayang semakin terasa Kini kau sangka aku mendua
Padahalnya kesetiaan ku berikan Dan telah ku pamerkan kejujuran Adakah kau hanya buat itu satu alasan Supaya diri ini dapat kau tinggalkan
Kau pergi meninggalkan ku Tanpa ku tahu apa puncanya Kau ingin putuskan hubungan itu Kau ingin ku kembali kepadanya
Tiba-tiba kau menjelma lagi Dan ingin berjumpa dengan diri ku Kau tidak sedar betapa gembiranya hati Rasa sedih pergi berlalu
Hari ku nantikan telah tiba Untuk kita bersua Lepaskan rindu yang tidak terhingga Wajahmu asyik di hadapan mata
Tapi harapan ku kau hancurkan Kau tidak hubungi aku hari itu Mujurku masih ada ramai teman Dan salah satu dapat ku temu
Terkejut aku mendapat berita Kau berada di tempat yang sama Niat di hati ingin berjumpa Tapi kau menuduh ku tak setia
Kini kemarahanku membutakan segala Walau hati masih amat ku cinta Namun apalah makna itu semua Jika salahku hanya helahmu sahaja
Bukankah kau yang meminta perpisahan Mengapa aku pula kau salahkan Salahkah aku meneruskan kehidupan Pabila aku telah kau tinggalkan? |
posted by Titiks @ 9:22 PM | |
|
|
About Me |

Titiks, born on 1st July, gainfully employed in an architech firm. Sometimes happy, sometimes sad but hey, I'm only human!
|
Previous Post |
|
Archives |
|
Links |
|
Leave-me-a-note |
|
Vidz |
|
| |