Saturday, May 15, 2010
Titipan seorang sahabat
Sayang,

Kau yang membuat senyum ku kembali riang. Kau yang mengukirkan senyum itu diwajahku. Kenapa kau berubah? Aku merinduimu tapi bagaimana dapat aku memberitahu? Kenapa setiap orang yang memberiku senyuman, akhirnya memberiku tangisan? Kenapa kebahagiaanku tidak pernah berpanjangan? Kau sahabatku. Kau memberitahuku tiada yang lain selain ku. Satu sudah mencukupi buatmu. Sayang, kau akan pergi tidak lama lagi. Kenapa kau berubah? Apa salah silapku? Maafkan ku jika ada yang menyakitimu tapi bukankan kita bahagia dan gembira hari itu? Kenapa sahabatku?

Walaupun kita baru berkenalan tapi telah ku memberitahumu supaya jangan sesekali terlalu baik kepadaku. Aku takut aku akan jatuh cinta kepadamu. Tapi kau endahkannya namun mengapa kini? Setelah kau berikan ku harapan? Kenapa sahabatku? Haruskah aku memaksa diriku melupakanmu? Ia akan menjadi sesuatu yang sukar buatku. Disetiap sudut hatiku; di setiap kata-kataku ada kamu. Bagaimana dengan diriku? Berikanlah aku jawapannya kerana ia sungguh menyakitkan hatiku.

Jika kau benar benar harus pergi dariku, akan ku tetap doakan kebahagiaanmu kerana kau lah teman istimewaku.
posted by Titiks @ 2:31 AM |
About Me

Titiks, born on 1st July, gainfully employed in an architech firm. Sometimes happy, sometimes sad but hey, I'm only human!
Previous Post
Archives
Links
Leave-me-a-note
Vidz