Saturday, June 17, 2006
I still love you
Kau memang kekasihku tapi amat payah untukku berterus terang denganmu. Kau tidak memahami punca kemarahanku dan kau selalu buat sangkaan yang tidak benar. Kau tidak menanyakan apa maksudku dan kau selalu meminta maaf bila kau tidak maksudkan. Maaf kau tidak ikhlas dan aku tak dapat menerimanya. Bukan ku tak ingin beritahu apa sebab dan puncanya kemarahan dan tingkah laku ku itu tapi kau tidak pernah memahami dan kau tidak cuba untuk memahami. Tapi.... aku masih menyayangi dan tidak pernah terlintas difikiranku untuk mencari yang lain. Mungkin, jika bukan jodoh kita satu hari nanti. Aku tidak ingin berkasihan dengan mana mana lelaki. Aku letih. Sejarah hidupku telah banyak mengajarku erti kehidupan. Biarlah jodohku datang dengan sendirinya dan jika benar jodoh tidak akan datang jika tidak mencari.... biarlah ia tidak datang kerana ku tak ingin lagi mencari... Keluarga ku lebih penting dari yang lain.
posted by Titiks @ 1:02 AM |
About Me

Titiks, born on 1st July, gainfully employed in an architech firm. Sometimes happy, sometimes sad but hey, I'm only human!
Previous Post
Archives
Links
Leave-me-a-note
Vidz